MENCADANGKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI PLATFORM PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL(GROUP 3)

 

KOD KURSUS:MPU21032

TAJUK:Mencadangkan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi  Sebagai Platform Pengukuhan Kesepaduan Nasional.

NAMA PENSYARAH:PUAN LEZAWATI BINTI SERON

AHLI KUMPULAN 3:
1.Mohammad Fitri Zahid Bin Ismail(20DKA22F1018)
2.Afif Farhan Bin Abdul Talib(20DKA22F1055)
3.Marcerlinos Anak Halim(20DKA22F1036)
4.Naqiuddin Naufal Bin Mohamad(20DKA22F1083)
 
OBJEKTIF 
  • Mencari aplikasi mengukuhkan perpaduan
  • Untuk mendapatkan perpaduan dan keamanan
  • Membina silaturahim dan perapduan yang lebih bermakna
  • Membentuk kehidupan yang demokrasi dan adil

PENGHARGAAN

 

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menyiapkan Blog ini dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Mukah kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan Blog ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan Internet bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tugasan kami.

 

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Lezawati binti Seron yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini

 

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi panduan kita semua. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi seorang individu yang berpengetahuan luas dan jujur dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada orang lain.


PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information  and Communication Technology (ICT) bergerak seiring dengan kewujudan Koridor Raya Multimedia  (KRM) atau Multimedia Super Corridor (MSC).MSC juga merupakan agenda  Wawasan 2020 yang berkembang maju ke arah teknologi digital.Malah,Revolusi  Perindustrian 4.0 mencorakkan TMK di Malaysia menjadi semakin pesat dalam rangka membangunkan negara yang berdaya saing dan dinamik.Evolusi dan penglobalan teknologi pula mengetengahkan ciri-ciri perbandingan susur masa era maklumat yang berkembang seiring dengan era pertanian dan perindustrian.
Selain itu, jurang digital turut diketengahkan dalam TMK  bagi menunjukkan bahawa hubungan sama ada kawasan bandar dan luar bandar mampu memberikan keselesaan kepada rakyat untuk mengakses Internet bagi mendapatkan maklumat dan memudahkan urusan.Oleh hal yang demikian,TMK membentuk kesepaduan nasional dalam usaha memimpin etika dan peradaban dengan kemudahan berinteraksi dalam pelbagai kelompok manusia tanpa mengira kaum,etnik atau bangsa.Kesepaduan nasional ini disesuaikan untuk menguruskan kehidupan dan menjalinkan hubungan yang harmoni dan adil sesama manusia.

Bangsa yang maju ialah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual dan keharmonian sebagai tapak integrasi dan kesepaduan nasional.Dalam konteks ini,teknologi maklumat berperanan meluaskan dan mengukuhkan pemikiran manusia sebagai ejen sosialisasi.Namun demikian,kesepaduan nasional dapat dikukuhkan dengan kesepaduan dengan kesepaduan sosial yang diwujudkan dalam sesebuah masyarakat dalam keadaan harmoni,stabil,makmur,dan sejahtera.Kesepakatan sosial yang kuat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terbina berasaskan lima prasyarat.


MAKSUD ETIKA DAN PERADABAN


Etika ialah prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

Peradaban ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa;kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.


ISI 1

Kesepaduan nasional  bukan hanya melihat kemajuan sesebuah masyarakat,malah interaksi yang baik dan berkesan sama ada menggunakan TMK sebagai wadah perkongsian turut memupuk perpaduan dan penyatuan dalam kalangan masyarakat di Malaysia .Hal ini, menunjukkan bahawa kepelbagaian etnik di Malaysia mampu menggunakan ruang dan peluang melalui teknologi untuk sentiasa bekerjasama dan harmoni dalam membina kualiti hidup dan interaksi yang positif serta telus sesama masyarakat.


ISI 2

Pembangunan sesebuah negara boleh dilihat dengan impak TMK dalam usaha membangunkan ekonomi sesebuah negara.Maka,kelestarian TMK amat penting bagi mengukuhkan perpaduan dan kesepaduan nasional.Hal ini demikian kerana,kepentingan TMK merangkumi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan.Sebagai contoh,keseimbangan nilai dan adab dalam penggunaan teknologi.TMK menjadikan sesebuah negara semakin membangun.Bukan sahaja dari aspek ekonomi dan pentadbiran, malah aspek sahsiah,nilai dan adab.Biarpun maklumat boleh diakses secara meluas, namun adab dan nilai murni ketimuran tetap perlu dipelihara tanpa diskriminasi dan prejudis antara etnik.Penggunaan teknologi yang canggih masih memerlukan pandangan agama dan pemikiran berasaskan budaya agar warisan tidak dilupakan dek kerana teknologi yang pesat.


ISI 3 

Konsep perpaduan menurut ilmu sosiologi ialah menilai daripada pembentukan satu entiti daripada penyatuan kumpulan etnik yang pelbagai secara bersatu-padu dan seragam.Oleh hal yang demikian,pembinaan negara bangsa serta perpaduan dikatakan sebagai suatu sasaran yang ideal apabila 'perpaduan' hanya wujud dalam bentuk idea dan tidak dapat direalisasikan dalam realiti sebenar.Sehubungan dengan itu,persefahaman dan kesepaduan nasional melalui TMK membentuk nilai sejagat terhadap perkognsian maklumat dalam kalangan masyarakat.Kepantasan maklumat ynag diperoleh haruslah ditapis dan dibuat pemerhatian agar keharmonian hubungan antara kaum tidak terjejas disebabkan oleh isu prejudis dan rasis yang  masih ada dalam diri segelintir masyarakat.TMK ialah platform yang menyatukan nilai kemanusiaan dan keprihatinan terhadap semua golongan merentasi etnik.

   


KAJIAN LEPAS

Perkembangan teknologi maklumat bermula pada tahun 1983 di Malaysia apabila jurutera dan ahli akademik Malaysia iaitu Dr. Mohamed Awang Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi internet di makmal Universiti Malaya.Beliau telah mebuat hubungan di MIMOS( Malaysian Institute of Microelectronic System).Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk menghasilkan hubungan internet yang lebih baik.

Pada tahun 1989,Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemuadahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang Lah.Universiti tempatan merupakam pengguna RangKoM pada peringkat awal.Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta.Tumpuan awal pengguna RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik,walaupun ia mempunyai kupayaan komunikasi dan perkongsian sumber.Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi ,malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi  dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.Berdasarkan kepad pengalaman ini,Program JARING(Joint Advanced Intergrated Networking) telah dirumuskan dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh.Secara praktikalnya,segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.


PERBINCANGAN

TMK berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat.Media cetak ,media elektronik atau media digital serta media dalam talian banyak menyumbang serta memberi  kesan positif dalam menjaga hubungan dan perpaduan masyarakat.Teknologi maya ini telah menjadi salah satu keperluan keperluan masyarakat pada masa kini.Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan hubungan terutama mereka yang berada di luar negara.Interaksi sosial memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi .Pentingnya sesebuah organisasi adalah sebagai penyalur dan perkongsian maklumat antara manusia yang menjadi wadah kepada proses sosialisasi.Hal ini menunjukkan bahawa kepelbagaian etnik di Malaysia mampu menggunakan ruang dan peluang melalui teknologi untuk sentiasa bekerjasama dan harmoni dalam membina kuantiti hidup dan interaksi yang positif serta telus semua masyarakat.Kesan penggunaan TMK yang tidak terkawal akan memberi kesan yang negatif terhadap komunikasi dan hubungan sosial serta menghalang kecergasan interpersonal,iaitu hubungan manusia dan menyebabkan kurangnya komunikasi dengan orang sekelilingMereka lebih menggemar berinteraksi dengan ibu bapa mereka melalui medium teknologi moden.Hal ini amat bertentangan dengan nilai-nilai kekeluargaan dalam masyarakat kerana interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia.


AKTIVITI PENGUKUHAN

             1.Apakah peranan penting bagi TMK dalam kesepaduan nasional?

             2. Apakah kebaikan perkembangan teknologi maya?

             3. Apakah peranan penting bagi sesebuah organisasi?

            4. Apakah kesan penggunaan TMK yang tidak terkawal?

            5. Nyatakan media yang digunakan dalam berinteraksi dengan orang lain?


KESIMPULAN

TMK bukan hanya tentang kemudahan dan efisien penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.Malah,teknologi ini merupakan perkembangan maklumat yang luas dan tersusun.Namun begitu,pelibatan terhadap kepelbagian maklumat dan lambakan maklumat menjadikan TMK perlu ditapis dan diteliti agar isu dan konflik terhadap penyebaran berita tanpa batasan dapat dikekang.Sokongan masyarakat  dalam usaha memupuk kesedaran tentang keselamatan siber perlu dititikberatkan.Namun begitu,TMK adalah sebagai wadah kesepaduan sosial dengan interaksi yang positif merentas kaum dan pelbagai etnik.Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam usaha mewujudkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat dan salam  satu  wadah ajen sosial kepada masyarakat . Sebagai alat menyebarkan maklumat , ia juga secara langsung menjalinkan hubungan yang harmoni  di kalangan keluarga dan masyarakat . Kepentingan TMK juga tidak dinafikan mempercepatkan dan mengukuhkan hubungan antarabangsa  di mana dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan kewujudannya yang membolehkan manusia dapat berkomunikasi di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali  mengukuhkan ungkapan dunia tanpa sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mel, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) , skype dan sebagainya.


RUJUKAN

BUKU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 

lPenerbit Ehsan Sdn.Bhd.

Siti Zaharah Setapa | Hasnah Hussiin | Nur Afifah Saharudin Norhaslina Sulaiman

Mohd Rosdi Ripin | Solehah Samsudin Zuharyati Yusof

 

https://anyflip.com/ohylk/kvft/basic

https://fliphtml5.com/kaqrx/hcyh/basic

https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-7-tmk-penggerak-kesepaduan-nasional

https://www.youtube.com/watch?v=ONBaZ5dOO2s

https://www.sinarharian.com.my/article/66131/khas/kitalahmalaysia/gunakan-teknologi-demi-keharmonian-kaum


LAMPIRAN













    Link video blog

  • https://pmuedumy.sharepoint.com/:v:/s/MPU21032DAT1B584/EXuw5KCC-S1Jpwsv1mRy75YBgD5EUupRyky7c4XkvjJhDg

Comments